Cinta Tiga Segi
Bertahun sudah ku menunggu dirimu
Akhirnya kau menjadi milikku
Sukarnya untukku melupakanmu
Kerna kau kucintai selalu

Tapi sayang kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap di tengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Tapi sayang kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali mengenang cinta dahulu

Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku
Sedangkan aku cuma watak dalam percintaan
Tak sanggup aku melepaskanmu

Kau ibarat terperangkap di tengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Andai kau pinta untuk melepaskanmu
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan…

——————————————–

Kisah benar atau dongeng?

1. Lagu ini dicipta dan dinyanyikan oleh dua pemuda yang bernama Ayie & Berd

2. Ayie & Berd adalah orang Singapura bukan orang Malaysia

3. Ada juga mengatakan yang Ayie & Berd adalah orang Malaysia yang tinggal di sebelah utara (Penang, Kedah, Perlis atau Perak)

4. Lagu asal adalah ciptaan seorang komposer dari Brunei

5. Lagu ini dimainkan oleh kumpulan yang diberi nama Strategy

6. Lelaki dari penjara itu diberi nama Hazwan

7. Penyanyi lagu ini meninggal dunia bukan di tali gantung tetapi disebabkan penyakit jantung

8. Lagu ini dikaitkan oleh seorang gadis yang bernama Norzi Ayu

9. Liriknya ditulis pada tahun 1998 oleh seorang budak lelaki berusia 13 tahun

10. Pemain gitar lagu ini adalah kidal (left handed)

11. Lagu asal adalah versi rock kapak yang telah di unplugged kan

12. Nama kekasih lamanya adalah Haris

13. Kekasihnya itu tidak dibunuh tetapi membunuh diri setelah mendengar lagu ini

14. Kekasihnya masih hidup cuma menghadapi gangguan mental

15. Dikaitkan dengan pelajar Sekolah Teknik Pendang dan keluarganya kini menetap di Jitra

16. Dikaitkan juga dengan pelajar Sekolah Menengah Agama Baling

17. Ceritanya sengaja diputarbelitkan bagi tujuan promosi

18. Lagu ini adalah lagu mainstream dan bukan untuk budak underground

* Kisahnya diceritakan dalam pelbagai versi dan belum ada sumber rasmi yang menyokong mana-mana penyataan diatas dan ia terus berlegar serta bertukar-tukar di sekitar pelosok negara. Semestinya cerita sebenar mengenai lagu ini terus menjadi misteri )

Info kredit to : Youtube, Emme Panjang Akal, Khai Luct, Aku Kaya, Sufilara, (tinggalkan link web/blog di bahagian entri jika ada kisah benar versi lain)

Leave a comment